Koleksi Resepi Mckelate

hujanpanas.jpg

Home
Ikan Singge Kelantan
Resepi-resepi Mckelate
Contact Me

Nasi Hujan Panas

Nasi Hujan Panas adalah sejenis nasi seperti nasi minyak dan popular di Kelantan terutamanya semasa kenduri kahwin/majlis pertunangan. Dimakan bersama kari ayam, kuzi ayam, dalca serta acar dan sambal. Cubalah.

Bahan-bahan

2 pot beras biasa/basmati

Marjerin 2 sudu

Rempah tumis serba sedikit

Bawang besar 1 labu ( dihiris )

Bawang putih 3 ulas (dihiris)

Halia 1 inci (dihiris)

Daun pandan

Sedikit garam

Pewarna merah dan kuning telor

Pandan Paste

Kismis dan bawang goreng (hiasan):

Caranya:

Panaskan marjerin, masukkan rempah tumis dan masukkan bawang besar, bawang putih,halia yang dihiris.  Tumis sehingga garing dan angkat.

Beras yang sudah dibasuh bersama sukatan air yg secukupnya dimasukkan dalam periuk nasi.  Masukkan bahan-bahan tumisan dengan sedikit garam dan masak seperti biasa.Masukkan daun pandan untuk nasi menjadi wangi.

Bila nasi hampir masak (airnya belum kering tetapi di bahagian atasnya dah membukit).  Titiskan pewarna di beberapa bahagian nasi dan biarkan (tutup periuk kembali).  Bila nasi masak betul, kacau sedikit agar warna-warna bercampur.

Hidangkan dengan ditabur kismis dan bawang goreng jika suka





Imu yang bermanfaat pahalanya adalah sama seperti sedekah 
yang terus mengalir 
     "Sharing is caring"